
Almarhum Ustaz said Hawwa dalam berpesan kepada para daie telah menyebut tiga perkara yang akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan medan amal Islami, iaitu pemalas, penakut dan bakhil.Salah satu penyakit ini hinggap ke dalam nurani manusia , cukuplah untuk menjadikannya orang yang berpeluk tubuh daripada jihad menjaga agama Allah.
Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.”(Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]




